Thursday 8 March 2012

1.4 juta penjawat awam naik gaji

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

"Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment