Thursday 8 March 2012

Tembakan cemburu bekas kekasih

SERDANG – Seorang pereka grafik yang cemburu melihat bekas teman wanitanya berpacaran dengan seorang peniaga telefon bimbit bertindak menyerang lelaki itu dengan melepaskan tembakan menggunakan pistol bebola besi Selasa lalu.

Bagaimanapun, kejadian pukul 11.45 malam itu di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini tidak mencederakan sesiapa sebaliknya menyebabkan cermin depan sebelah kiri kereta mangsa pecah.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang menunggu di dalam kereta di depan rumah wanita berusia 24 tahun itu didatangi suspek dan dua rakannya yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic.

Difahamkan, suspek dan bekas teman wanitanya telah bercinta selama 12 tahun sebelum hubungan mereka putus dua bulan lalu. Wanita itu berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd. Razak Elias berkata, suspek berusia 25 tahun itu kemudian telah keluar dari kereta lalu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa.

No comments:

Post a Comment