Monday, 2 April 2012

CUTI – CUTI MALAYSIA ( LOKASI : TAWAU, SABAH, MALAYSIA )

Cuti pertengahan sem yang lepas, saya pergi Tawau, Sabah. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke sana (bas). Memang banyak la pengalaman dan tempat-tempat yang saya dan kawan-kawan pergi. *siok abis* haha. Kali ni saya nak buat preview tentang makanan yang kami makan kat sana ( kami ni memang muka Food Hunter! Walaupun geng kami berasal dari pelbagai bentuk dan saiz). CHECK IT OUT….


1. Manggo Sago ( boleh didapati di INDO CAFÉ, TAWAU ).
Rasanya memang sedap, marveleous! Manggo Sago ni diperbuat dari ‘Mangga Philipin’ yang dikisar bersama ais ( lebih kurang macam ice blend, tapi tekstur dia sangat halus). *slrupp* kalau minum time cuaca panas memang legalah tekak wa cakap lu.

2. Pisang Goreng Cheese @ Sanggar Cheese ( pun boleh didapati di INDO CAFÉ , TAWAU).
Pisang goreng dihidangkan dengan gula merah dan cheese yag dikisar di atasnya. Ni memang favourite saya!!!!! I’m  a cheese goddess. Haha.

3. Mee Goreng Telur + Sup tauhu
Set makanan ni sangat-sangat murah. Semuanya dalam lingkungan RM3.++ je. Mee goreng dihidangkan dengan telur mata lembu. Lepas tu, ditambah dengan sup tauhunya, perghhhh!!! Sup tauhu rasanya ala-ala Mee Udon (salah satu makanan Jepun). Memang puas hati dan kenyang la kalau makan. Berbaloi-baloi, Jah!

4.  Gado-gado ( ni boleh didapati di gerai-gerai yang jual time pagi)
Seriously ni first time makan gado-gado. Mungkin lain tempat lain cara diaorang serve. Kalau orang Tawau, diaorang punya gado-gado dihidangkan dengan kuah kacang dan keropok ala ikan comel-comel. Sedappppp!! Sampai sanggup ambik gado-gado orang sebelah, tak cukup.

5.  Satay Daging dan Ayam + Nasi Himpit 
Mesti korang cakap mana-mana tempat ada satay kan? Ye memang. Kalau disini satay dia lebih kurang saiz satay Kajang. Sedap, rasanya lemak-lemak. Harga pun berbaloi-baloi!

6. Bakso Tenis + telur by Mas Joko ( di gerai  Mas Joko, Tawau )
Untuk peminat bakso yang mencari kelainan boleh cuba bakso kat sini. Tenis dia punya bola memang betul-betul besar. Bebola daging @ ayam dia memang hand made, sangat sedap. Al maklumlah, memang tangan orang Indonesia yang buat. Tiba-tiba terasa di Indonesia cos abang Joko tu cakap pelat-pelat Jawa lagi ambik order.

p/s : xda gambar kan? line xbagus leee nak upload =.=, sorry lain kali saya sertakan gambar makanan-makanan sedap ni k ^^

Thursday, 8 March 2012

Padah keangkuhan bekas imam

PUTRAJAYA - Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan semalam setelah didapati bersalah menghina mahkamah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu berkata, hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.

"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun.

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini.

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli.

Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dekat Kuala Lumpur bertindak membaling selipar ke arah ketiga-tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman di sini antara pukul 10.15 pagi dan pukul 10.30 pagi pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar menyifatkan tindakan Hoslan sebagai angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati mahkamah.

1.4 juta penjawat awam naik gaji

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

"Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Tembakan cemburu bekas kekasih

SERDANG – Seorang pereka grafik yang cemburu melihat bekas teman wanitanya berpacaran dengan seorang peniaga telefon bimbit bertindak menyerang lelaki itu dengan melepaskan tembakan menggunakan pistol bebola besi Selasa lalu.

Bagaimanapun, kejadian pukul 11.45 malam itu di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini tidak mencederakan sesiapa sebaliknya menyebabkan cermin depan sebelah kiri kereta mangsa pecah.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang menunggu di dalam kereta di depan rumah wanita berusia 24 tahun itu didatangi suspek dan dua rakannya yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic.

Difahamkan, suspek dan bekas teman wanitanya telah bercinta selama 12 tahun sebelum hubungan mereka putus dua bulan lalu. Wanita itu berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd. Razak Elias berkata, suspek berusia 25 tahun itu kemudian telah keluar dari kereta lalu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa.

Wednesday, 7 March 2012

Karangan bertajuk "Terima Kasih Datuk"

Virus Komputer yang pernah gemparkan dunia

 
Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.

Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan – bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.

Melissa, 1999

Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.

ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.

Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.

Nimda, 2001

Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.

Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).

Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira – kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.

MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.

Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.